Sabtu, 10 Oktober 2009

6 persimpangan

Abu Bakar r .a, berkata, 'Sesungguhnya iblis itu berdiri di depanmu,jiwa di sebelah kananmu,nafsu di sebelah kirimu,dunia di sebelah belakangmu, dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.Dan tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya,sebagai mana firmannya..'...Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya..'

1.siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilanglah agama darinya.
2.siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya
3.siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah darinya akal dari dirinya.
4.siapa yang memenuhi ajakan dunia,maka hilanglah khirat dari dirinya..dan..
5.siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya,maka hilang syurga dari dirinya..
6.Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan...

Iblis adalah musuh manusia,manakala manusia adalah sasaran iblis.Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

PESANAN RASULULLAH s.a.w kepada mu'adz bin jabal

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, 'Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, 'Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.'
Sabda Rasulullah S.A.W., 'Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.'
Kata Mu'adz, ' Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?'

Sabda Rasulullah S.A.W., 'Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.'"

SELAWAT KEATAS NABI SAW

Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa,
'Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan
Izrail A.S. telah berkata kepadaKu.'

Berkata Jibrail A.S.:

'Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat
keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x),
maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat
menyambar.'

Berkata pula Mikail A.S.:

'Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu.'


Berkata pula Israfil A.S.:

'Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada
Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu.'


Malaikat Izrail A.S pula berkata.:

'Bagi mereka yang Berselawat keatasmu, akan aku cabut
ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh Para Nabi-Nabi.'


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para
malaikat memberi jaminan masing-masing untuk
orang-orang yang Berselawat keatas Rasulullah S.A.W.


Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca
tidak akan melepaskan peluang untuk Berselawat ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat. Insya Allah."

HATI MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil
pengajaran daripadanya."

IZRAEL LIHAT DAN RENUNG WAJAH

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.Andainya manusia sedar hakikat tersebut,nescaya dia tidak akan lalai menjgingati mati.manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh malaikat Izrael.

Jesteru itu, tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bergelak ketawa,seolah-olah tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya.Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas
.a :
Rasulullah saw bersabda maksudnya: 'Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali sehari.Ketika izrael datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.Lantas berkata 'Izrael,alangkah hairannya aku melihat orang ini,sedangkan aku diutus oleh ALLAH TAALA untuk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok2,bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengungati mati.Golongan ini tidak lalai bahkan sentiasa sedar terhadap kehadhiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadith rasulullah saw serta memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.'

'AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU CINTA AKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN yang SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI
MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB'"

TANDA-TANDA BAHAGIA DAN SENGSARA

Tanda-tanda Bahagia
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran

3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada
kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah
(menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati"

BUMI BERKATA

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.

Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

l Wahai anak Adam!

Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak!

l Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan diazab dalam perutku!

l Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam perutku!

l Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa dalam perutku!

l Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan menyesal dalam perutku!

l Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dimakan oleh ulat dalam perutku!

l Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam perutku!

l Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!

l Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!

l Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan keseorangan di dalam perutku!"