Jumaat, 14 Ogos 2009

10 WASIAT HASSAN AL - BANNA

1.Apabila saudara mendengar azan maka bangunlah dangan serta-merta walau bagaimana keadaan sekali pun.//2.Bacalah AL-QURAN atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar pekara-pekara yang baik atau pun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa.//3.Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar islam.//4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa pekara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.//5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH itu sentiasa tenang dan tenteram.//6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap pekara.//7. Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar keranan percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.// 8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.//9. Berkenal-kenalan dengan tiap-tiap saudara ikhwanul muslimin yang saudara bertemu dengannya sekali pun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.// 10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Isnin, 10 Ogos 2009

HADITH RASULULLAH S.A.W

Dari Abu 'Abdullah Al-Nu'man bin Basyir radiyallahu'anhum katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata(terang) dan diantara keduanya ada pekara-pekara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatan. Dan barangsiapa jatuh ke dalam pekara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka didalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan ALLAH ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! itulah yang dikatakan ''HATI''. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

khutbah ini disampaikan oleh baginda rasulullah s.a.w,pada 9 zulhijjah tahun 10 hijrah di lembah uranah gunung arafah.Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikan kepada orang yang tidak dapat hadir pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu,dia telah berputus asa untuk menghasut kamu dalam pekara-pekara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam pekara-pekara kecil.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.Sembahlah ALLAH,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah dibulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tiada seorang yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.Wahai manusia tidak ada nabi dan rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua pekara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu AL QURAN dan SUNAH KU.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannyan pula kepada orang lain,dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain .Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang mendengar terus dariku.Saksikanlah YA ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah mu kepada hamba-hamba mu.

Sabtu, 8 Ogos 2009

REBUTLAH OLEH MU...

Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Rebutlah oleh mu akan lima pekara sebelum datangnya lima pekara, yaitu waktu muda sebelum datang waktu tua, waktu sihat sebelum datang waktu sakit, waktu kaya sebelum datang waktu miskin, waktu lapang sebelum datang waktu sibuk, dan waktu hidup sebelum datang waktu kematianmu''. (diriwayatkan oleh Al-baihaqi, Ibnu Abiddun-ya dan Ibnu Mubarak).

Jumaat, 7 Ogos 2009

KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN

Di dalam AL Quran banyak ayat-ayat yang menerangkan bukti-bukti mengenai keutamaan ilmu. Firman Allah azza wa jalla: "Allah menerangkan (kepada sekelian makhluknya dengan dalil-dalil dan bukti) melainkan dia , yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'' (surah ali 'Imraan:18) . Perhatikan maksud ayat sebelum, bukankah kesaksian itu dimulai dengan Dirinya sendiri. Diikuti oleh malaikat, dan orang-orang yang berilmu. Ini membuktikan kemuliaan dan keutamaan mereka itu. Allah berfirman: '' supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat." (surah al mujaadalah). Firman Allah azza wa jalla: ''Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui.'' (surah az zumar:9). Demikian pula firman Allah Taala: ''sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu.'' (surah faatir:28). Allah Taala berfirman lagi:'' padahal kalau mereka kembalikan saja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka.'' (surah an nisaa:83).MAKA sesuatu hukum dalam segala kejadian yang berlaku, sentiasa dikembalikan kepada orang-orang yang berilmu pengetahuan, bahkan martabat mereka itu di bawah martabat para nabi dalam menegakan hukum Allah Taala. Antara hadis-hadis berkenaan keutamaan ilmu, diantarny, sabda Rasulullah s.a.w. : '' Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami olehnya kepandaian dalam hal itu." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan tambahan kata-kata''...diilhami olehnya kepandaian'' diriwayatkan oleh Thabrani.) Juga sabda baginda s.a.w. : '' Para alim ulama adalah pewaris para nabi."(riwayat Abu daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Sudah jelas bahawa tiada lagi pangkat yang lebih tinggi dari pangkat nabi dan tiada kemulian yang lebih tinggi dari kemulian pewaris baginda iaitu ulama. Rasulullah s.a.w bersabda: '' Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu, yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah azza wa jalla, maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu.'' (riwayat Thabrani, Abu Na'im dan Ibnu Abdul Barr). Dalam menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan itu lebih utama daripada ibadat dan penyaksian, Rasulullah s.a.w. bersabda : '' Keutamaan seorang alim di atas seorang 'abid (ahli ibadat) sebagaimana keutamaanku di atas serendah-rendah orang dari kalangan kamu.'' ( riwayat Tarmizi). Cubalah perhatikan dengan saksama, bertapa tinggi nilai ilmu pengetahuan itu sehingga disamakan seiring dengan darjat para nabi dan bertapa rendahnya sesuatu amalan yang diamalkan tanpa ilmu pengetahuan, sekalipun sesuatu amalan itu tentunya tidak terlepas dari pengetahuan bagaimana cara ibadat itu dilakukan ,andaikata tanpa pengetahuan tentang cara sesuatu amal ibadat, pastilah bukan ibadat namanya. Sabda Rasulullah s.a.w. : Dan sesungguhnya keutamaan orang berilmu di atas orang yang beribadat seperti keutamaan bulan purnama di atas seluruh bintang-bintang.'' (riwayat oleh Abu Daud, Tarmizi, Nasa'i dan Ibnu Haibban). Salah satu di antara wasiat-wasiat yang disampaikan oleh Lukman kepada anaknya ialah: '' Hai anakku ,gaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka itu dengan kedua lututmu, sebab sesungguhnya Allah Subhanahu wa taala menghidupkan hati dengan cahaya hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.'' petikan dari kitab IHYA' ULUMUDDIN karangan IMAM AL- GHAZALI.