Isnin, 10 Ogos 2009
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.
khutbah ini disampaikan oleh baginda rasulullah s.a.w,pada 9 zulhijjah tahun 10 hijrah di lembah uranah gunung arafah.Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikan kepada orang yang tidak dapat hadir pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu,dia telah berputus asa untuk menghasut kamu dalam pekara-pekara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam pekara-pekara kecil.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.Sembahlah ALLAH,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah dibulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tiada seorang yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.Wahai manusia tidak ada nabi dan rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua pekara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu AL QURAN dan SUNAH KU.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannyan pula kepada orang lain,dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain .Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang mendengar terus dariku.Saksikanlah YA ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah mu kepada hamba-hamba mu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan