Khamis, 1 Oktober 2009
KEMURKAAN ALLAH...ANGKARA SIAPA...?
KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar pelbagai berita tentang bencana yang berlaku di seluruh dunia.selain bencana alam umpama gempa bumi,kemarau,ribut taufan,letupan gunung berapi dan sebagainya,ada juga belaku kekejaman umpama pembunuhan beramai-ramai,rompakan,penculikan dan peperangan yang kebanyakannya berpunca daripada rasa tidak puas hati,tamak haloba dan dengki khianat yang tidak pernah ada penghujungnya.Impak daripada insiden yang berlaku itu menyebabkan kehilangan beribu-ribu nyawa manusia,ternakan dan kemusnahan harta benda.Banyak tempat yang sebelum ini tidak pernah berlaku bencana alam,dilanda malapetaka yang tidak disangka-sangka.Kejadian yang mendadak itu sering membuat ahli-ahli sains kebingungan dan amat sukar untuk mencari punca kejadian tersebut.Daripada banyak peperangan yang berlaku hampir setiap saat di segenap pelosok dunia,beribu-ribu manusia terkorban.Daripada pelbagai kemelut yang terjadi,manusia ada makhluk ALLAH yang lainnya sebenarnya tersepit dalam situasi yang cukup kalut dengan pelbagai krisis yang sengaja dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dalam menjalani fungsi sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini.Barangkali kerana amat murka dengan kedurjanaan yang dilakukan oleh makhluk-nya,maka ALLAH sengaja menimpakan pelbagai kejadian ngeri kepada segelintir hamba-nya tidak mahu menginsafi perbuatan masing-masing,malah terus juga melakukan pelbagai bentuk penderhakaan terhadap ALLAH.Lantaran itulah barangkali pelbagai bencana alam yang berlaku di banyak tempat sering memeningkan pengkaji saintifik untuk mencari punca,kaedah dan formula untuk menghentikan kejadian seumpamanya daripada berulang.ALLAH berfirman,maksudnya:"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan(bala bencana)maka adalah disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan(perbuatan salah dan dosa)dan(dalam pada itu)ALLHA memaafkan sebahagian dari dosa kamu."(as-syura:30).Sebagai umat islam yang menyakini keesaan dan keadilan ALLAH swt,adalah perlu bagi kita merenung sedalam-dalamnya firman ALLAH itu.Sesungguhnya dengan keyakinan,iltizam,istiqamah dan keinsafan yang tinggi sahaja akan mampu untuk kita mencari kekuatan dalam diri bagi mengimarahkan bumi ALLAH ini dengan sesuatu yang diredai-nya kerana kita hanyalah antara makhluk yang ALLAH pinjamkan buat sementara untuk menghiasi muka bumi-nya ini.Usahlah mudah menyalahkan orang lain dalam segala tindakan yang diambil.Setiap kesalahan yang berlaku bukan berpunca daripada satu pihak saja.Tanpa toleransi dan saling faham-memahami,tentu saja akan mudah tercetusnya pelbagai kejadian yang tidak diingini.Apabila berlaku pertelingkahan,permusuhan dan dendam,tidak mustahil ia akan diiringi oleh sesuatu angkara yang lain yang kesemuanya akan hanya mengundang kemurkaan ALLAH swt.Apabila berlaku hal yang demikian,menepati dengan janji ALLAH sendiri sebagaimana difahami daripada pengertian ayat diatas,maka ALLAH berhak menurunkan sesuatu bala atau bencana untuk menyedarkan manusia.Kecil atau sedikit bencana barangkali sebagai ingatan dari ALLAH .Namun,apabila pelbagai penderhakaan masih terus berlaku,maka ALLAH akan terus saja menimpakan bala yang lebih besar,bukan lagi sebagai ingatan,bahkan sebagai balasan kepada manusia yang melakukannya.Lebih malang apabila berlaku bencana begitu,manusia yang tidak berdosa akan turut sama merasai keperitannya.Di sinilah pentingnya konsep "berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"sebagaimana disarankan al-quran.ALLAH berfirman pula dalam surah hud,ayat 52 yang bermaksud:"Wahai kaumku,mintalah ampun kepada tuhanmu,kemudian kembalilah taat kepada-nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-ku dengan terus melakukan dosa.Keengganan menunaikan beberapa tuntutan islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai kaitan rapat dengan bencana ALLAH,antaranya melalui kejadian kemarau yang panjang.Dalam hal ini, RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan,kalaulah tidak kerana binatang (dimuka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya".Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh at-tirmizi daripada Ali, RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: Apabila umatku melakukan 15 pekara berikut, maka layaklah bagi ALLAH menimpakan bencana kepada mereka, iaitu: 1.Apabila harta rampasan perang diagih-agihkan kepada orang tertentu saja; 2.Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa). 3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 4. Apabila suami terlalu mentaati isteri. 5.Apabila anak-anak menderhaka kepada ibu bapanya. 6.Apabila seseorang itu telah memuliakan teman-temannya daripada ibu bapa sendiri. 7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising. 8. Apabila lebih ramai yang membicarakan mengenai hal-hal kedunian di dalam masjid. 9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu adalah orang yang dihina oleh mereka. 10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan yang akan diambil oleh orang itu. 11. Apabila arak menjadi minuman yang lazim dalam sesuatu majlis. 12. Apabila ramai kaum lelaki memakai sutera. 13. Apabila perempuan dijemput untuk menghiburkan lelaki. 14. Apabila wanita mula bermain alat muzik dan 15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu...Maka pada saat itu, tunggulah bala yang akan ditimpa oleh ALLAH dalam bentuk angin merah (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi. "Justeru, walau dengan apa keadaan sekali pun,sebagai umat islam yang meyakini segala janji ALLAH dan apa yang dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah saw, maka tidak dapat tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa apa jua bentuk bala atau bencana daripada ALLAH sebenarnya berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang tidak menyedari salasilah kejadian diri masing-masing. Tanpa rasa segan silu dan menolak anugerah akal yang dikuniakan oleh ALLAH , mereka sanggup melakukan pelbagai bentuk penderhakaan kepada ALLAH .Lantaran itu, sama-sama kita kembali ke dalam diri, berfikir dengan kewarasan akal dan kesucian iman dengan kembali kepada tata cara hidup yang berlandaskna kehendak islam yang syumul, moga-moga kita akan terus dirahmati sepanjang kehidupan di dunia dan di akhirat. Dari ALLAH kit datang, kepada ALLAH kita pasti kembali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan